Tentang Kami

DUNIA DAGING.

DUNIADAGING.COM adalah jenama yang dimiliki oleh Al Quds Livestock Sdn Bhd, yang merupakan syarikat pengeluar daging segar tempatan yang dimiliki 100% oleh bumiputera Islam. 

Berpengkalan di Kota Bharu, Kelantan.
Al Quds Livestock ditubuhkan setelah melihat akan perlu adanya syarikat tempatan muslim yang mengeluarkan daging lembu sendiri, bila melihat kemelut status halal daging lembu dan biri-biri import yang tidak berkesudahan. 

Untuk mengeluarkan daging lembu yang setara dengan kualiti daging import, Al Quds Livestock menngunakan kaedah Dry-Aging karkas lembu untuk tempoh minima 7 hari, sebelum dilapah dan dipotong mengikut jenis keratan yang ditentukan, sepertimana keratan daging-daging lembu import.

Malah sebenarnya, Al Quds Livestock menawarkan pelbagai lagi keratan yang tidak terdapat pada daging import, yang menjadikan terdapat pelbagai keratan daging untuk anda cuba sebagai menu anda. 

Setiap keratan menawarkan anda pengalaman makan daging yang tersendiri. Dengan daging yang cukup lembut setelah karkas mengalami proses aging sekurang-kurangnya selama 7 hari, di mana enzim di dalam daging berkerja untuk melembutkan daging, pastinya ahli keluarga anda ceria menikmati daging DuniaDaging!

Selain daging segar, Al Quds Livestock juga mengeluarkan produk sedia dimakan dan sedia dimasak. Dengan pelbagai produk ini, kami berharap untuk diterima baik oleh umat Islam, dan memberi ruang kepada kami untuk memberikan yang terbaik.

Anda boleh membeli daging jenama DuniaDaging di 2 buah Outlet DuniaDaging di Kota Bharu dan Seri Bangi, Seksyen 8, Bangi. Juga anda boleh membeli daging jenama DuniaDaging di dalam 23 buah Pasaraya Lotus’s seperti berikut.

DUNIA DAGING KELANTAN.

Tingkat bawah 350 Wisma Al Quds, Jalan Sultan Yahya Petra, Bandar Kota Bharu, 15100 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

 

DUNIA DAGING SERI BANGI.

1-32, Jalan 8/35, Seri Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

DUNIA DAGING PULAU PINANG.

Lrg Pauh Jaya 1/1, Taman Pauh Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang, Malaysia