Daging goreng kunyit

10m penyediaan | 10m masak | 5 hidangan
Dalam resepi ini, bukan hanya serbuk kunyit yang dimasukkan, tapi ditambah juga serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih. Dengan tambahan bahan-bahan tersebut, rasa daging akan lebih sedap dan wangi apabila digoreng nanti hasil daripada gabungan serbuk-serbuk rempah tersebut. Tapi jangan susah hati, kalau tak ada serbuk ketumbar dan jintan manis boleh sahaja abaikan dan cuma guna serbuk kunyit sahaja.
Bawang putih pula ditambah selepas kita goreng daging kerana nak pastikan bawang putih tidak hangus dan memberikan rasa pahit jika digoreng lama.
Bahan-Bahan
- 1/2 kg daging
- minyak, untuk menumis
- 2 ulas bawang putih, cincang halus
- carrot, hiris memanjang
- capsicum hijau
- cili merah
- 1 biji bawang besar, hiris membulat
- daun bawang, hiris nipis
- Bahan-bahan untuk perapan:
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih
- sedikit garam
Cara Penyediaan
- Hiris nipis daging, bersihkan dan tos airnya .
- Gaul dengan bahan-bahan perapan dan perap seketika.
- Goreng daging di dalam minyak sehingga kering airnya. Kacau perlahan supaya daging digoreng sekata.
- Apabila air daging sudah kering, masukkan bawang putih dan kacau sehingga bawang kekuningan.
- Masukkan carrot, diikuti capsicum dan cili merah.
- Masukkan bawang besar dan masak sehingga bawang sedikit layu.
- Angkat dan tabur dengan hirisan daun bawang.
Tip
- Supaya daging tidak liat apabila dimasak nanti, pastikan daging dipotong mengikut arah yg bertentangan dengan garisan urat daging. Jika tidak daging akan liat dan susah empuk.
Sumber resepi : https://resepichenom.com/resepi/daging-goreng-kunyit/show.