Daging goreng bawang putih dengan brokoli mendesis
25m penyediaan | 15m masak | 4 hidangan
Sediakan hidangan malam dalam masa yang singkat sahaja dengan dengan resipi daging goreng bawang putih bersama brokoli mendesis ini.
Bahan-Bahan
– 500gram daging lembu bahagian topside yang dipotong nipis.
– 1 sudu besar kicap.
– 3 sudu kecil tepung jagung.
– 1 sudu kecil minyak bijan.
– 1 sudu kecil lada hitam dihancurkan.
– 1 biji bawang holland, dipotong panjang.
– 4 ulas bawang putih, dilumatkan.
– 1/3 cawan daun kucai dipotong halus.
– 2/3 cawan minyak sayuran.
– 2 sudu besar kicap manis.
Cara Penyediaan
Langkah 1
Gaul daging, kicap, tepung jagung, minyak bijan dan lada hitam di dalam satu mangkuk.
Langkah 2
Panaskan 3 sudu besar minyak sayuran di dalam kuali dengan suhu panas sehingga berasap. Masukkan campuran daging di atas dan goreng untuk 3-4 minit atau sehingga keperangan. Pindah ke mangkuk lain.
Langkah 3
Panaskan baki minyak di dalam kuali dengan api sederhana atau sehingga berasap sedikit. Masukkan bawang dan goreng selama 2 minit atau sehingga lembut. Masukkan bawang putih dan separuh daun kucai, goreng untuk 1 minit atau sehingga naik bau. Tambah brokoli dan goreng untuk 3 minit.
Langkah 4
Masukkan daging ke dalam kuali dengan ramuan di atas, tambahkan kicap manis dan separuh lagi daun kucai dan goreng sehingga ia mendidih dan memekat. Rasa kelembutan daging dan hidangkan bila anda rasakan daging cukup lembut.
Sumber resepi : www.taste.com.au.