Posted on Leave a comment

Elementor #6502

Daging Masak Kurma Kenduri

30m penyediaan | 20m masak | 4-5 hidangan

Sempena hari raya Aidiladha jom kita tengok resepi Daging masak kurma. Kurma tu bukan buah kurma, tapi jenis campuran rempah yang memang khas untuk masakan yang namanya korma.

Lauk ni kalau dekat kampung memang wajib adalah kalau kenduri, kuah tu mesti lah pekat dengan rempah korma yang ditumis sampai pecah minyak, gabung pula dengan rasa daging fresh yang dimasak lembut, kemudian dimasukkan santan untuk rasa kuah lebih berlemak. Ada satu bahan iatu ketumbar yang akan sedapkan lagi rasa masakan ini.

Bahan-Bahan

  • 4 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah kecil
  • 2 inci halia
  • 4 sb rempah kurma
  • 3 akar ketumbar
  • 1 batang karot
  • 1 biji tomato
  • 2 biji kentang
  • 1-2 biji bawang merah besar
  • 1-2 sb air asam jawa
  • 3 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • Daun ketumbar
  • 2 sb kerisik
  • 1 mangkuk santan pekat
  • ATAU 1 kotak kecil santan
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan

Cara-cara untuk penyediaan kurma:

    1. Potong (pada ketulan besar) kentang, tomato, cili merah & hijau, lobak merah dan bawang besar.
    2. Potong kasar halia, bawang putih, bawang merah kecil. Hiris nipis daun ketumbar (untuk taburan), akar ketumbar asingkan.
    3. Tumbuk bahan potong kasar sampai halus (boleh kisar dengan blender kering). Bila dah lumat boleh masukkan akar ketumbar dan tumbuk sikit lagi.
    4. Bancuh serbuk rempah kurma dengan sedikit air dan ketepikan.
    5. Rebus daging dengan 2 cawan air sampai lembut.

Cara-cara untuk masak kerisik:

    1. Sangai kelapa parut tanpa minyak sampai kekuningan. Api sederhana.
    2. Bila dah sedikit perang, perlahankan api dan kacau lagi 5 minit sampai perang sekata / perang pekat.
    3. Tumbuk / kisar masa kelapa parut masih panas sampai halus dan berminyak.

Cara-cara untuk masak kurma:

    1. Panaskan minyak kemudian tumis rempah 4 sekawan dan bahan tumbuk halus. Kacau sampai kuning dan naik bau.
    2. Masukkan rempah kurma dan tumis lagi sampai garing. Boleh tambah sedikit air kalau takut hangit.
    3. Bila dah pecah minyak, boleh masukkan daging rebus, lobak merah dan bawang besar.
    4. Masak lagi sampai rempah meresap kedalam daging (anggaran 5-10 minit).
    5. Masukkan air rebusan daging, kentang, santan, air asam jawa, kerisik dan garam. Reneh lagi 5 minit
    6. Masukkan tomato, cili, dan hirisan daun ketumbar.

Tip

  • Potong kentang dan lobak merah pada ketulan besar supaya tak mudah hancur bila masak nanti.
  • Untuk beli daun ketumbar, cari yang ada akar dan bersihkan akar bersih-bersih.
  • Che Nom rebus daging dengna pressure cooker jadi daging cepat sikit masak.
  • Che Nom selalunya akan buat kerisik dalam 3 biji kelapa. Bila dan siap boleh pek nipis – nipis dan simpan dalam chiller. Bila nak guna boleh patahkan je.
  • Kalau tak suka daun ketumbar boleh ganti dengan daun sup.
  •  

Sumber resepi : https://resepichenom.com/resepi/daging-goreng-kunyit/show.

 
Posted on Leave a comment

Elementor #6494

Daging goreng kunyit

10m penyediaan | 10m masak | 5 hidangan

Dalam resepi ini, bukan hanya serbuk kunyit yang dimasukkan, tapi ditambah juga serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih. Dengan tambahan bahan-bahan tersebut, rasa daging akan lebih sedap dan wangi apabila digoreng nanti hasil daripada gabungan serbuk-serbuk rempah tersebut. Tapi jangan susah hati, kalau tak ada serbuk ketumbar dan jintan manis boleh sahaja abaikan dan cuma guna serbuk kunyit sahaja.

Bawang putih pula ditambah selepas kita goreng daging kerana nak pastikan bawang putih tidak hangus dan memberikan rasa pahit jika digoreng lama.

Bahan-Bahan

  • 1/2 kg daging
  • minyak, untuk menumis
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • carrot, hiris memanjang
  • capsicum hijau
  • cili merah
  • 1 biji bawang besar, hiris membulat
  • daun bawang, hiris nipis
  • Bahan-bahan untuk perapan:
    • 1 sudu besar serbuk kunyit
    • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
    • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
    • sedikit garam

Cara Penyediaan

  1. Hiris nipis daging, bersihkan dan tos airnya .
  2. Gaul dengan bahan-bahan perapan dan perap seketika.
  3. Goreng daging di dalam minyak sehingga kering airnya. Kacau perlahan supaya daging digoreng sekata.
  4. Apabila air daging sudah kering, masukkan bawang putih dan kacau sehingga bawang kekuningan.
  5. Masukkan carrot, diikuti capsicum dan cili merah.
  6. Masukkan bawang besar dan masak sehingga bawang sedikit layu.
  7. Angkat dan tabur dengan hirisan daun bawang.

Tip

  • Supaya daging tidak liat apabila dimasak nanti, pastikan daging dipotong mengikut arah yg bertentangan dengan garisan urat daging. Jika tidak daging akan liat dan susah empuk.

Sumber resepi : https://resepichenom.com/resepi/daging-goreng-kunyit/show.

 
Posted on Leave a comment

Cara masak picanha

DAGING PICANHA

45m penyediaan | 75-120m masak | 4 hidangan

daging goreng sedap

Bahan-Bahan

  • Daging picanha 1kg-1.5kg
  • Lada
  • Garam

Julat Suhu

Tahap Masak  Suhu Untuk Dikeluarkan Dari Ketuhar  Suhu Akhir
Medium-rare 49-52°C 54-57°C
Medium 54-57°C 60-63°C
Medium-well 60-63°C 66-68°C
Well-done 66-68°C 71-74°C

Cara Penyediaan

Langkah 1

Mulakan dengan mengeluarkan stik anda dari peti sejuk dan alihkannya ke pinggan atau papan yang bersih. Selepas daripada itu, pada permukaan lemak daging picanha,  anda perlulah membuat tanda silang dengan pisau. Ini membolehkan garam menembusi penutup lemak dan membantu menghasilkan lemak semasa memasak. Kemudian, taburkan garam pada semua bahagian daging Picanha dengan menggunakan hujung jari untuk menekan garam ke dalam daging dan lemak dengan lembut supaya daging dan garam sebati. Biarkan daging dalam suhu bilik selama 45 minit.

Langkah 2

-Panaskan ketuhar hingga 375 darjah celcius. Tambah ½ inci air ke bahagian bawah kuali pembakar. Pindahkan daging picanha ke kuali kemudian letakkan kuali di dalam ketuhar di bahagian tengah. Masak selama 60-70 minit untuk medium-rare sehingga termometer menyukat suhu 120-125 darjah celcius. Jika anda mahu daging yang lebih lembut, anda boleh menambah 10-30 minit lagi mengikut kemahuan anda. 

Langkah 3

Keluarkan Picanha yang telah dipanggang dari ketuhar dan pindahkannya ke pinggan bersih atau papan pemotong. Hiaskan daging dengan cantik menggunakan aluminium foil dan rehatkan pada suhu bilik selama 10-15 minit. Hiris dengan bijirin sebelum dihidangkan kemudian nikmatilah steak picanha!!!

Sumber resepi : https://www.mychicagosteak.com/

Posted on Leave a comment

Daging Masak Kicap

Daging Masak Kicap yang bakal menghantui hari anda.

20m penyediaan | 10m masak | 4 hidangan

Penyediaan Daging Masak Kicap yang paling sedap dalam masa yang singkat sahaja.

Bahan-Bahan

– 1 cawan minyak masak

– 2 biji bawang merah kecil

– 3 ulas bawang putih

– 1 inci halia

– 1 biji kentang

– Sedikit garam

– Rempah 4 sekawan

– 1 sudu besar cili kisar

– 1 batang serai

– Kicap manis secukupnya

– Sedikit air asam jawa

– 1 sudu besar sos tiram

– 1 sudu kecil serbuk lada hitam

– 7 tangkai cili padi

– Daun bawang

– 1 biji bawang holland

 

Bahan-bahan untuk perapan 

– 500g daging Silverside DuniaDaging

– 1 sudu kecil serbuk kunyit

– 1 sudu kecil garam

– 2 sudu kecil serbuk ketumbar

– 1 sudu besar sos tiram

– 1 sudu besar kicap manis

 

Cara Penyediaan

Langkah 1

Potong daging (ikut arah lawan urat) sederhana nipis. Perap ayam dengan kunyit, garam, serbuk ketumbar, sos tiram dan kicap manis.

Langkah 2

Kisar kasar bawang merah, bawang putih dan halia.

Langkah 3

Potong kentang dan gaul dengan garam. Kemudian, potong daun bawang (anggaran 2 cm), cili padi (buang tangkai sahaja), dan bawang holland (potong tebal membulat). 

Langkah 4

Panaskan minyak dan goreng kentang separuh masak. Angkat kentang dan ketepikan.

Langkah 5

Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar kasar dan rempah 4 sekawan sehingga naik bau rempah. Masukkan cili kisar dan bila cili dah masak garing, masukkan serai (yang telah dititik)

Langkah 6

Masukkan daging perap dan masak dengan api perlahan. Bila daging separuh masak, masukkan kicap manis, sos tiram, sedikit air dan terus masak dalam anggaran selama 10-15 minit. Daging Silverside DuniaDaging sudah lembut tau, sekejap sahaja masak.

Langkah 7

Masukkan serbuk lada hitam, kentang goreng, air asam jawa, kicap manis, cili padi, hirisan daun bawang (bahagian batang) dan hirisan bawang holland.

Langkah 8

Hidang daging dan hias dengan hirisan daun bawang.

Sumber resepi 

:http://resepichenom.com

 
Posted on Leave a comment

Kenapa Daging Rasa Berkapas?

Kecewa dengan rasa daging berkapas dan hambar?
Ini cara nak elakkannya.

daging tempatan segar

Pernah tak anda hadapi masalah setelah membeli daging mentah atau daging diperap, semasa memasak tiada rasa daging? Macam berkapas dan rasa hambar? Masa unpack daging dalam keadaan ais kristal?

Apa yang dah berlaku?

Daging jadi begitu kerana air  dalam daging dah meruap dan akibatnya berlaku “freezer burn” yang menyebabkan terbentuk ais kristal pada daging. 

Freezer burn ini tak merbahaya, tetapi ia akan menyebabkan daging rasa berkapas dan hambar. Kalau digoreng sebagai daging perap, rasa perapan akan menguasai, bukan rasa daging. 

Cara Nak Elak

Cara nak elak cukup mudah! Belilah daging yang di pek vakum.

Daging yang dipek vakum akan menghalang oksigen daripada masuk, hasilnya air di dalam daging tak boleh meruap. Bukan sahaja itu, daging juga akan kekal berjus dan lembut!

Daging yang dipek vakum juga tahan sehingga 3-5 kali lebih lama berbanding daging yang dipek di dalam beg plastik atau bekas plastik. 

Daging DuniaDaging sememangnya dipek vakum, samada daging segar atau daging perap sedia dimasak.

Jadi rasanya kekal, lebih berjus dan lebih lembut. 

Nak Cuba Daging Duniadaging

Nak cuba daging DuniaDaging, klik di sini

Daging DuniaDaging boleh juga dapatkan di Lotus’s berhampiran anda, klik di sini

Daging DuniaDaging boleh juga dapatkan di kedai kami berhampiran anda.

Kelantan 

Tingkat bawah, 350, Wisma Al Quds, Jalan Sultan Yahya Petra, Bandar Kota Bharu, 15100 Kota Bharu, Kelantan.

Selangor                                        

Jln 8/35 Seri Bangi Seksyen 8,  Bandar Baru Bangi. Selangor.

Pulau Pinang                               

Lrg Pauh Jaya 1/1, Taman Pauh Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang.

Posted on Leave a comment

Resipi Rahsia Tomahawk yang membuatkan anda terpegun.

Rahsia Resepi Tomahawk yang akan membuatkan anda terpegun selepas mencuba

40m penyediaan | 30m masak | 4 hidangan

Sediakan steak dengan cara yang sangat mudah dan cepat untuk dimakan sehingga menjilat jari

Bahan-Bahan

Steak Segar Tomahawk Ribeye  DuniaDaging.

– Garam.

– Lada. 

Cara Penyediaan

Langkah 1

Panaskan oven pada suhu 375 darjah Fahrenheit.

Langkah 2

Taburkan garam dan lada pada steak Tomahawk. Ratakan setiap sisi selama 3-4 minit.

Langkah 3

Letakkan steak Tomahawk Ribeye  pada loyang dan letakkan di dalam oven yang telah dipanaskan.

Langkah 4

Bakar selama 30 minit sehingga suhu dalamannya mencapai 130 darjah Fahrenheit. Gunakan  termometer untuk memeriksa suhu.

Langkah 5

Rehatkan steak Tomahawk Ribeye selama 10 minit sebelum dihidangkan.

Sumber resepi : www.lakesidesmokers.com

WHATSAPP UNTUK DAPATKAN DISKAUN HARI INI

Posted on Leave a comment

daging goreng bawang putih

Daging goreng bawang putih dengan brokoli mendesis

25m penyediaan | 15m masak | 4 hidangan

daging goreng sedap

Sediakan hidangan malam dalam masa yang singkat sahaja dengan dengan resipi daging goreng bawang putih bersama brokoli mendesis ini.

Bahan-Bahan

– 500gram daging lembu bahagian topside yang dipotong nipis.

–  1 sudu besar kicap.

–  3 sudu kecil tepung jagung.

–  1 sudu kecil minyak bijan.

–  1 sudu kecil lada hitam dihancurkan.

–  1 biji bawang holland, dipotong panjang.

–  4 ulas bawang putih, dilumatkan.

–  1/3 cawan daun kucai dipotong halus.

–  2/3 cawan minyak sayuran.

–  2 sudu besar kicap manis.

Cara Penyediaan

Langkah 1

Gaul daging, kicap, tepung jagung, minyak bijan dan lada hitam di dalam satu mangkuk. 

Langkah 2

Panaskan 3 sudu besar minyak sayuran di dalam kuali dengan suhu panas sehingga berasap. Masukkan campuran daging di atas  dan goreng untuk 3-4 minit atau sehingga keperangan. Pindah ke mangkuk lain.

Langkah 3

Panaskan baki minyak di dalam kuali dengan api sederhana atau sehingga berasap sedikit. Masukkan bawang dan goreng selama 2 minit atau sehingga lembut. Masukkan bawang putih dan separuh daun kucai, goreng untuk 1 minit atau sehingga naik bau. Tambah brokoli dan goreng untuk 3 minit. 

Langkah 4

Masukkan daging ke dalam kuali dengan ramuan di atas,  tambahkan kicap manis dan separuh lagi daun kucai dan goreng sehingga ia mendidih dan memekat. Rasa kelembutan daging dan hidangkan bila anda rasakan daging cukup lembut.

Sumber resepi : www.taste.com.au.